Langkah Pengurangan Subsidi Petrol Adalah Tepat

Langkah mengurangkan subsidi minyak mencerminkan komitmen padu kerajaan untuk memastikan kedudukan ekonomi dan fiskal negara terus kukuh sekali gus memberi kesejahteraan kepada rakyat. Jika pemberian subsidi yang besar seperti sekarang diteruskan, nampaknya kerajaan perlu mengorbankan lebih banyak perbelanjaan pembangunan.

Sebelum 3 September 2013, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, dengan jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini (kuatkuasa 3 September 2013) bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Pengurangan subsidi secara berperingkat seperti diamalkan kerajaan, tidak memberikan kejutan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Langkah ini sudah lama tertangguh, dan kini sudah tiba masanya kerajaan melaksanakannya. Ia dibuat secara beransur-ansur yang mana langkah ini sebenarnya bagi menyokong kewangan awam.

Kerajaan juga wajar menyemak semula harga bahan api tempatan setiap enam bulan bagi menyelaras harganya dengan pasaran global. Pengurangan subsidi secara berperingkat ini lama kelamaan akan diterima oleh masyarakat dan menjelang 2015 subsidi harga bahan api ini dapat dihapuskan sepenuhnya. 

Bagaimanapun ia memerlukan mekanisme yang tepat untuk mengelakkan berlakunya sebarang kenaikan harga dan perkhidmatan yang mendadak sehingga boleh menyekat pertumbuhan ekonomi.

Jika dilihat kesan daripada rasionalisasi subsidi secara berperingkat kepada orang awam ini adalah minimum berbanding kesan jangka panjang terhadap daya saing negara.

Bagaimanapun, kerajaan boleh memperkenalkan sistem khusus seperti sistem baucar sebagai langkah sementara bagi yang membantu mereka yang berpendapatan rendah menyesuaikan diri dengan rasionalisasi berkenaan.

sumber : http://mymedialab.blogspot.com/2013/09/langkah-pengurangan-subsidi-petrol.html


    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

 
Copyright © 2013. Wira Perdana - All Rights Reserved
Template Created by ThemeXpose | Published By Gooyaabi Templates