Reaksi Masyarakat Terhadap Bajet 2013



Perkara yang baik umpama “benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau”. Bajet 2013 merangkumi kebajikan pelbagai peringkat umur, maka ianya perlu disajikan dengan ditambahbaik atur perlaksanaannya selari menteliti Negara maju.

Pada 28hb September 2012 (Jumaat) Perdana Menteri Malaysia YAB (Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak) telah membentangkan Bajet 2013 bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati”. Rata-rata rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada YAB PM dan menerima bajet ini dengan senang hati kerana ia memudahkan pelbagai lapisan rakyat.


Kerajaan berbesar hati memberi sekali lagi BR1M kepada yang berpendapatan di bawah RM3,000 seperti tahun sudah sebanyak RM500, dan penambahan penerima kepada individu bujang berumur lebih 21 tahun berpendapatan kurang dari RM2,000 dengan jumlah RM250. Di samping itu juga, penjawat awam mendapat bonus 1 1/2 bulan gaji di atas menghargai hasil kerja mereka melicinkan pentadbiran kerajaan.

Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang selama ini merasakan seolah-olah dipinggirkan oleh kerajaan mendapat Elaun Insentif RM200 merasa terharu dan akan menambahkan semangat dan moral kepada mereka untuk terus berkhidmat dan menabur bakti demi negara Malaysia yang dicintai.

Golongan muda yang merupakan pengundi penentu kemenangan sesebuah parti pada PRU 13 sangat gembira dengan pengumuman diskaun. Serba sedikit membantu peminjam PTPTN untuk melangsaikan hutang mereka. Selain itu, mereka juga menikmati baucer buku dari RM200 ke RM250, potongan pinjaman PTPTN sebanyak 10% - 50% serta baucer pembelian telefon bimbit sebanyak RM200 dan pemberian kepada pelajar sekolah sebanyak RM100.

Namun, di sebalik penerimaan baik terhadap Bajet 2013, terdapat juga rungutan mengenai penurunan subisidi gula sebanyak 20 sen. Orang ramai yang ditemui berasa kurang senang dengan penurunan subsidi gula sebanyak 20 sen kerana perkara ini akan menyebabkan harga makanan dan barang-barang keperluan melonjak naik walaupun golongan seperti ini di sajikan dengan BR1M tetapi kenaikan harga gula di pasaran akan menjadi faktor kenaikan harga barang lain.

Bagi penyokong tegar pembangkang, biar apa pun yang kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan, pada PRU13 belum pasti lagi akan memangkah BN. Ini kerana sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib rakyat, jadi tidak semestinya mereka akan memilih BN pada PRU13 nanti.

Walau bagaimanapun, Bajet 2013 tetap diterima oleh masyarakat pelbagai golongan kerana ianya memberi kebaikan dan meringankan beban sara hidup rakyat.

UAI Mengamuk...

Apa lah yang UAI ni marah sangat....


Perselisihan Lim Guan Eng dan Mansor


Lakonan bermuka-muka pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan sentiasa menjadi.
Rakyat yang menjadi penonton akan akhirnya dapat menilai yang mana ikhlas memperjuangkan
kebajikan rakyat atau kebajikan rakyat menjadi kuda tunggangan demi menjaga perut pemimpin.


Isu ini timbul apabila perkara ini didedahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com dalam entri bertarikh 16hb Jun 2012 yang memetik Mansor sebagai berkata: 

“Kamu tau dia (Guan Eng) angkuh... sombong dan angkuh. Bukan mudah. Sekarang ini lebih angkuh. Sebab dia (Guan Eng) menang banyak. Mereka (DAP) dah pasti menang 19 dan mahu menang lebih lagi”. Kerana dengan 2 lagi (kerusi) mereka boleh membentuk kerajaan sendiri dan mereka boleh ambil daripada kami (wakil PKR) menyebelahi mereka dan meninggalkan kami".

 Mansor di dalam minit mesyuarat itu juga didakwa mengatakan Setiausaha Agung DAP itu dianggap sebagai ‘tokong’ oleh masyarakat Cina.

Sebelum ini, Mansor dilaporkan menyifatkan Guan Eng sebagai sombong dan angkuh ketika mesyuarat strategik PKR pada Mac lalu. Walau bagaimanapun, dalam usaha menjernihkan hubungan beliau dengan Lim Guan Eng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu menafikan menggunakan perkataan ‘sombong dan angkuh’ terhadap Ketua Menteri itu. Bagaimanapun, Mansor mengakui menggunakan perkataan ‘tokong’ sebagai gelaran kepada Guan Eng yang bermaksud sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri.

Bagaimanapun, kenyataan Mansor itu menimbulkan tandatanya apabila beliau kelihatan teragak-agak memberikan jawapan ketika diasak pemberita untuk menyatakan pendirian sebenar berhubung dakwaan tersebut dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 25hb Ogos 2012. Malah, pada satu ketika, beliau menjawab: “I don’t know, I don’t know. Why this thing must come out now? (Saya tidak tahu, saya tidak tahu. Kenapa perkara ini perlu dibangkitkan sekarang?)."

Dalam pada itu, reaksi yang ditunjukkan Guan Eng pada sidang akhbar itu juga menimbulkan tanda tanya apabila beliau dilihat seolah-olah tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan Mansor. Selain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, Guan Eng secara tiba-tiba juga menghentikan sidang media dan mengajak pemimpin pakatan pembangkang lain ke bilik mesyuarat berasingan di luar bilik sidang akhbar diadakan.


Selepas kira-kira 15 minit, kesemua mereka kembali semula ke bilik siding akhbar itu sebelum Guan Eng dilihat menulis sesuatu dan memberikannya kepada Mansor. Sidang akhbar itu kemudiannya berakhir dengan kesemua mereka bergegas berpegangan tangan seolah-olah cuba memberi gambaran hubungan ketiga-tiga parti itu kukuh di sebalik kesan negative ekoran isu tersebut.

Fenomena ini dilihat sebagai kegagalan Guan Eng untuk mengambil pendekatan lebih terbuka. Gaya kepimpinannya tidak disenangi oleh banyak pihak termasuk parti sekutu dalam pakatan pembangkang. Kualiti kepimpinan beliau diragui dan dilihat kurang matang dalam menangani isu. Dari awal lagi, Guan Eng bukan pilihan yang tepat untuk jawatan tersebut. Ia sepatutnya diisi oleh pemimpin DAP tempatan
iaitu anak Pulau Pinang itu sendiri. Ramai pemimpin muda DAP negeri yang berkebolehan. Tetapi disebabkan mereka bukan krooni atau apatah lagi anak Lim Kit Siang maka tidak berpeluang menjadi peneraju negeri. Akhirnya Guan Eng, yang berasal dan dibesarkan dari negeri lain, diberi laluan mudah bukan sahaja jawatan parti bahkan jawatan Ketua Menteri.

##WP##



TWEET #MERDEKA55


JOM RAMAI-RAMAI BANJIRI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL BAGI MENZAHIRKAN RASA CINTA KEPADA NEGARA DI SAMPING BERPELUANG TWEET BERSAMA PERDANA MENTERI PADA TEPAT JAM 8.15 MALAM HINGGA 9.15 MALAM. 

KITA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN. AYUH!!! SAMA-SAMA KITA HARGAINYA. 

lihat: JEMPUTAN TWEET #MERDEKA55 dan PANDUAN TWEET #MERDEKA55 SERTA DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN TWEET #MERDEKA55 UNTUK SYARAT MENCIPTA REKOD BARU MALAYSIA BOOK OF RECORD.

TEMBELANG TUJUH MUSLIHAT

Share on facebooShare on formsprinShare on twitterShare on emailMore Sharing Service
POLITIK adalah seni pengurusan angka, persepsi dan permainan propaganda. Dalam mana-mana parti di seluruh dunia atau peringkat antarabangsa, mereka mempunyai strategi tertentu dalam konteks untuk mempengaruhi sikap, pendirian, pemikiran rakyat yang mereka dampingi.

Dalam konteks meneroka 'strategi' parti-parti pembangkang di negara ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan (gambar) berterus-terang mengenai politik semasa tanah air.

"Dalam konteks memahami strategi parti pembangkang di Malaysia, kita tak boleh mengasingkan strategi parti dengan strategi individu tertentu khususnya Anwar Ibrahim.

"Ini disebabkan strategi pada pandangan umumnya adalah strategi yang didasari oleh pemikiran-pemikiran politik baru yang dicanangkan oleh ketua pembangkang itu," kata beliau dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Fuad membahagikan pengamatan beliau kepada elemen strategi berikut. Ia, kata beliau untuk renungan dan penilaian rakyat yang diakuinya kini matang dalam mengikuti perkembangan politik tanah air.

1. Strategi terus kepada rakyat

- Ini bermakna dia berkomunikasi langsung dalam bentuk bersemuka atau tidak langsung dalam media sosial, media elektronik yang dikuasai serta media cetak yang dikuasai bagi maksud menyampaikan mesej dalam bahasa dan perbandingan yang mudah kepada rakyat.

Dalam konteks ini, umum tahu bahawa ketua pembangkang mempunyai 'keistimewaan tersendiri' khususnya dari segi penguasaan bahasa dan juga ideologi serta hubungan awam serta 'pengurusan pentas yang bijak'.

Sama ada beliau berada di dalam mahkamah ataupun luar mahkamah ataupun dalam media cetak atau media sosial, mesej yang hendak disampaikan adalah kepada rakyat. Dan bukannya kepada hakim, akhbar dan kepada penonton tv yang terbatas.

Itu sebabnya kadang-kadang dia tidak menjawab soalan-soalan mahkamah. Dia tidak menjawab soalan-soalan para hakim kepadanya. Tetapi dia menjawab 'apa yang rakyat mahu dengar'.

2. Dikambinghitamkan

- Dalam konteks ini UMNO yang selalunya menjadi 'scapegoat' atas apa sahaja isu masyarakat. Sama ada sampah, longkang, isu tanah ataupun isu pegawai kerajaan yang kecewa ataupun isu kemalangan jalan raya, maka semua dikatakan ini perbuatan UMNO.

Strateginya adalah megambil kesempatan pada ruang dan peluang untuk menghasut rakyat merasai kecewa atau marah kepada pemimpin.

Lumpuhnya UMNO bererti lumpuhnya BN. Sebab itu fokus tumpuan serangan yang diberikan haruslah kepada UMNO dan UMNO dijadikan 'kambing hitam' dalam setiap kesalahan umum dan kekecewaan rakyat dalam apa jua isu.

3. Seruan mengikut pihak majoriti

- Setiap pihak khususnya 'parti yang berkenaan' sering ingin menggambarkan mereka berada di pihak majoriti.

Pertama, melalui meramaikan jumlah pendengar atau penonton ceramah. Yang kedua, memujuk ikon-ikon masyarakat yang kecewa seperti artis, bekas pegawai kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat yang berpengaruh untuk menunjukkan satu gelombang peralihan kepada kumpulan mereka. Itu sebabnya akhir-akhir ini kita dapat melihat ramai artis dipujuk untuk menyertai ceramah-ceramah mereka.

Jadi, apa yang patut dibuat? Yang patut kita buat sebenarnya ialah tunjukkan lebih ramai lagi orang berpengaruh yang berada di pihak kerajaan. Mereka ini harus diberikan perhatian, diberikan tumpuan. Kebanyakan orang lama ini adalah orang yang sudah berjasa, sudah melalui zamannya dan mereka ini memberikan sumbangan kepada kerajaan.

Jadi, sekiranya kerajaan tidak melihat kepada mereka, sudah tentulah mereka akan mencari platform yang lain. Tolong jaga kumpulan ini.

4. Kenyataan memukau

- 'Mereka' memberikan janji dan harapan yang dilihat macam praktikal dan logik. Tetapi sebenarnya palsu. Antaranya, memberikan harapan kepada rakyat dengan pelbagai janji seperti menurunkan harga barang dan harga minyak walaupun tidak mengambil kira pasaran dunia. Walhal tidak pula dibicarakan tentang soal bagaimana mencipta kekayaan dan bagaimana mendapatkan pertumbuhan negara.

Yang dibicarakan adalah pengagihan... pengagihan...pengagihan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa rakyat sekarang ini sudah dipasak dengan pemikiran rasuah.

5. Serangan berterusan

- Strategi ini banyak rakyat dapat lihat. Bertalu-talu, bertubi-tubi dan berfokus khususnya kepada ketua pimpinan, dalam konteks ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran yang pelbagai. Dalam kes-kes tertentu isu dicipta seperti kes pembunuhan wanita Mongolia.

Najib yang semasa itu masih menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada malam 22 Ogos 2008 telah melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Walau apa pun Perdana Menteri buat, tetapi oleh kerana konsep 'kambing hitam' dan serangan bertubi-tubi, imej negatif berkenaan masih terpalit. Antaranya, ciptaan 'pengurusan pentas antarabangsa' seperti Mahkamah Perancis dan peristiwa Suaram berjumpa wakil pegawainya di Thailand (isu kapal selam Scorpene).

Ini memang 'seni' pakatan pembangkang. Ketua Pembangkang juga sering kali berlagak sinis dan membuat lawak jenaka terhadap ucapan-ucapannya sendiri sehingga membuatkan orang tergelak dan sebagainya.

Dan mesej yang menyebabkan orang ketawa dan tergelak ini mudah diterima oleh masyarakat walaupun serangan yang begitu keterlaluan dan bertubi-tubi ini sudah banyak kali didengar oleh masyarakat. Ada tanda-tanda, sekarang masyarakat sudah kurang ambil kisah tentang tuduhan-tuduhan itu kerana apa-apa perkara pun kalau keterlaluan, masyarakat Melayu yang mempunyai nilai dan budaya sendiri akan menolaknya.

6. Kesaksian

- Ini digunakan bagi maksud untuk menangkis tuduhan-tuduhan mahkamah terhadap diri individu berkenaan yang digunakan oleh ketua pembangkang yang kemudiannya menjadi amalan kepada pengikutnya. Iaitu menggunakan seseorang atau lembaga untuk mendukung atau mengecam sesuatu tuduhan iaitu dengan cara menggunakan pakar atau ahli atau saksi langsung dalam kes-kes mahkamah.

Contohnya, sekiranya sesuatu kes dibicara dengan membawa pakar forensik atau hakim tertentu dari dalam negara, maka 'dia' akan 'counter' dengan membawa pakar forensik dan bekas-bekas hakim supreme council dari luar untuk mewujudkan dua pandangan yang berbeza. Yakni, tidak ada satu pendapat yang mutlak.

Malah, ada juga dengan cara agama khususnya mengambil pendapat ulama-ulama luar. Dr. Yusof al-Qhardawi contohnya, boleh digunakan bagi maksud memberi prinsip-prinsip umum menurut hukum Islam walaupun orang berkenaan mungkin tidak mengetahui perincian tentang peristiwa yang berlaku dalam satu-satu kes.

7. Pendekatan pertentangan kelas

- Pakatan pembangkang merupakan gabungan longgar pelbagai ideologi politik bagi maksud jangka pendek menawan Putrajaya. Dalamnya masih tersirat agenda kaum dan agama yang ekstrem dan tersembunyi. Penyusupan parti sosialis dalam pakatan itu terlibat dalam penonjolan pendekatan pertentangan kelas yang menjadi cara terbuka. Mereka mengapi-apikan rakyat dengan membuat perbandingan kekayaan, pangkat dan kedudukan.

Misalnya menanam kebencian rakyat terhadap golongan kaya (kekayaan dikaitkan dengan kronisme dan rasuah) dan menanam kebencian kepada feudalisme seperti institusi raja-raja. Pendekatan seperti ini pernah meruntuhkan banyak dinasti dan kerajaan beraja pada masa lampau.

Fuad berkata, ada banyak lagi 'strategi' yang digunakan pakatan pembangkang. Dan apa yang patut dibuat ialah ia harus dijawab oleh tuan punya diri terlebih dahulu sebelum dibantu oleh orang lain.

"Sekiranya tuan punya diri menjawab, barulah orang lain boleh bantu. Tapi kalau tuan punya diri mendiamkan diri, perkara itu sukar untuk pihak-pihak lain membantu," katanya.

SUMBER : UTUSAN 

BR1M - Rasuah atau Kewajiban

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik...sesiapa sahaja yang layak berhak menerimanya.

Kebanyakan pihak pembangkang mengatakan BR1M ni rasuah untuk menarik pengundi, BR1M menggunakan wang rakyat dan banyak lagi. Tetapi cubalah fikir dan renungkan, gunakan akal yang waras... apa yang kerajaan bagi adalah untuk kesejahteraan rakyat... kalau semuanya dianggap rasuah apa lagi yang kerajaan nak berikan kepada rakyat...fikir-fikir dan renungkanlah.

Kerajaan di bawah pimpinan NAJIB ni adalah yang terbaik yang mana kita boleh baca, dengar dan lihat segala apa yang diusahakan oleh PM adalah untuk Rakyat agar kita semua boleh hidup dalam keadaan sejahtera aman dan selamat.

JANGANLAH kita merosakkan apa yang kita kecapi sekarang dek kerana  seorang yg benama ANWAR IBRAHIM yg pergi ke serata tempat di dunia ni memburuk-burukan MALAYSIA yang kita CINTAI. janganlah kita hancurkan negara kita yang sedia ada sejahtera dan aman ini dan yang penting kita mestilah sama-sama mempertahankan MALAYSIA kesayangan kita ini dan melawan puak-puak ANWARINAS yg gila kuasa ini, kerana merekalah negara kita akan menjadi kucar-kacir.

Marilah kita sama-sama fikir-fikir dan renung-renungkan siapa yang sebenarnya HERO untuk MALAYSIA yang bekerja siang malam untuk menaikan nama MALAYSIA dan rakyat-rakyatnya. Marilah kita sama-sama menjaga keharmonian negara kita dengan mengundi BARISAN NASIONAL.

Terima Kasih

**Gambar-gambar penyerahan BR1M di DUN HULU BERNAM
















Rayuan Blogger Penyokong PENIPU RAKYAT di TOLAK



KUALA LUMPUR : Mahkamah Rayuan Rabu mengesahkan satu keputusan yang memerintahkan seorang blogger penyokong Pakatan Rakyat (PR) membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar atas) kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.



Hakim Datuk Jefrey Tan Kok Wha, yang mengetuai tiga panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan blogger, Amizudin Ahmat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Tan yang mendengar rayuan itu bersama Hakim-Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa blogger itu bertanggungjawab kerana memfitnah berhubung artikel terhadap menteri itu.

Sambil membacakan sebab-sebab yang panjang lebar, Hakim Tan berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung jumlah ganti rugi RM300,000 yang diberikan kepada menteri.

Beliau berkata ia mungkin kelihatan jumlah itu adalah tinggi dan itu merupakan tanggapan pertama mahkamah.

"Tapi sebaliknya bahawa responden (Rais) merupakan seorang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat, manakala dakwaan itu adalah begitu rendah dan keji, oleh itu, kami dapati kuantum RM300,000 bukanlah satu jumlah yang tinggi," katanya.

Bagaimanapun, korum dalam menolak rayuan itu, mengurangkan kos perundangan yang perlu dibayar oleh blogger itu kepada menteri daripada RM100,000 kepada RM50,000 kerana mereka dapati ia adalah tinggi.

Beliau juga berkata mahkamah secara total bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pembelaan mengenai justifikasi penerbitan oleh blogger itu tidak direka dalam kes ini.

Hakim Tan berkata penerbitan artikel itu bukan pembelaan dan kebenaran mengenai dakwaan rogol.

"Satu-satunya kebenaran adalah mengenai siasatan terhadap rogol tetapi bukan kebenaran mengenai rogol," katanya.

Panel hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam Dr Rais, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan R Sivarasa yang mewakili blogger itu.

Pada 19 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi RM300,000 kepada Dr Rais kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel.

Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Pada Januari tahun lepas, Dr Rais, 69, menyaman Amizudin, yang juga anggota exco pemuda Parti Keadilan Rakyat, kerana memfitnah beliau menerusi satu artikel yang tersiar dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.

Dalam samannya itu, Dr Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya dilaporkan telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.-19/1/2012 (AgendaDaily).
 
Copyright © 2013. Wira Perdana - All Rights Reserved
Template Created by ThemeXpose | Published By Gooyaabi Templates