RAKYAT KUALA BESUT SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMBUANG UNDI ESOK.....MARILAH BERSAMA-SAMA KELUAR MENGUNDI

"Difahamkan, jentera pilihan raya dan pengundi di Kuala Besut sudah bersedia dan mood rakyat berada dalam keadaan yang baik. Jadi, kita rasa tiada sebab untuk rakyat tidak bersama dengan kerajaan pada hari ini," katanya. 

Namun apa yang penting Ramadan kali ini harus dipenuhi dengan ibadah yang ikhlas. Keutamaan Islam ialah menjadi rahmat bagi sekalian alam. Maka usaha yang luhur dan keinsafan yang tinggi mengusahakan perdamaian haruslah dikerahkan dalam bulan seribu rahmat ini. 
 
Hormati pilihan rakyat dan melangkah dari situ untuk mencetuskan perpaduan ummah yang lebih kekal dan kental. 
 
........UNDILAH BARISAN NASIONAL.........

Jalan raya Kuala Besut SIBUK

 
23.7.2013 (Selasa) KUALA BESUT - Rata-rata penduduk di Dun Kuala Besut mengakui terkejut dan seronok dengan kehadiran pelbagai pihak membanjiri kawasan tersebut hingga menyebabkan kesesakan lalu-lintas, bermula seawal pagi hingga petang sejak hari penamaan calon.


Peniaga, Zaleha Hussain, 30, berkata, ia pengalaman kali pertama sepanjang 30 tahun menetap di kawasan berkenaan.

Zaleha berkata, sebelum ini kebiasaannya jalan di sekitar Kuala Besut tidak sesak namun suasananya ternyata berbeza sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

“Selalunya di sini memang sunyi, cuma pada bulan Ramadan agak sesak sedikit bila waktu petang tetapi kali ini memang jalan sibuk sepanjang hari.

“Terkejut juga dengan keadaan ini tetapi memang seronok juga sebab sibuk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zaleha yang menjalankan perniagaan kedai makan mengakui kehadiran orang daripada seluruh negara menambah rezeki pendapatannya.

Sementara itu, pemandu kereta sewa, Mat Yasin Mat Jusoh, 63, berkata, dia juga turut merasai suasana sibuk di Kuala Besut.

Menurutnya, dia mendapati banyak kenderaan di jalan raya berbanding sebelum ini.

“Bila nak pergi Kuala Besut memang agak sibuk lagipun jalan sempit hanya mempunyai dua lorong “ katanya.

Suri rumah, Siti Maria Omar, 63, pula berkata, dia seronok dengan kehadiran ramai orang ke Kuala Besut kerana dapat mendengar pelbagai dialek berbeza.

Ketika ditanya mengenai kesesakan lalu-lintas, Siti Maria berkata, situasi sekarang memang sangat berbeza.

“Rasa seronok juga orang luar datang tempat kita kerana dapat jumpa ramai orang sehingga kadang-kadang saya tak faham apa yang dituturkan.

“Mengenai kesesakan lalu lintas, memang sekarang bila nak lintas terasa banyak kereta,” katanya.

Hadi Awang tidak Yakin Pada Che Long...


Hari ini sudah masuk hari ke 5 berkempen, kedua-dua calon bertanding sedang rancak berkempen untuk menambat hati pengundi-pengundi di DUN Kuala Besut. Tetapi ada kemusykilan berkenaan dengan calon pada parti PAS iaitu Che Long dengan Presiden PAS Hadi Awang.

Kemusykilan itu bermula apabila Hadi Awang seakan-akan menyekat atau memastikan segala tutur kata yang di keluarkan oleh Che Long tidak bercanggah dengan kenyataan kepimpinan PAS yang lain.

Ini juga di kuatkan lagi apabila semasa penamaan calon tempoh hari, Che Long diarahkan ber Bai'ah @ bersumpah agar taat pada kepimpinan parti. Persoalannya sekarang kenapa perlu Bai'ah terhadap calon yg di pilih parti...

Adakah Hadi Awang tidak percayakan calon yang dihantar sehingga terpaksa bersumpah, atau Che Long itu sebenarnya ada agenda lain untuk dirinya sendiri atau juga Che Long hanya calon tangkap muat.

Che Long cemburu pada Tengku Zaihan



Azlan@endut yusuf (Che Long) calon PAS DUN N.01 Kuala Besut terasa agak tercabar dengan apa yang ada pada calon lawannya iaitu dari parti BN. Ini mungkin  di sebabkan dari semua faktor yang ada pada kedua-dua calon yang bertanding itu.



Jika kita lihat dari segi pendidikan, calon BN Tengku Zaihan lebih tinggi iaitu beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di bandingkan dengan Che long yang hanya di peringkat SPM dan mempunyai gred yang paling rendah.

Kita lihat pula dari sudut kerjaya sebelum ini kedua-dua calon,Tengku Zaihan mempunyai kerjaya yang lebih baik, beliau merupakan Ketua Penolong Pengarah di agensi kerajaan,manakala che long hanya seorang kontraktor, walaupun Che Long mempunyai lessen kelas A, tetapi kehidupan perniagaan beliau tertekan kerana saban hari perlu merayau-rayau untuk merayu kepada orang-orang kenamaan untuk mendapatkan projek.


Justeru, cukuplah dari dua sudut ini tidak Hairanlah jika che long begitu cemburu dengan apa yang ada pada calon Barisan Nasional. Barisan Nasional sentiasa meletakan calon mereka seorang yang berwibawa demi untuk melaksanakan tugas membantu menjaga kebajikan rakyat untuk merealisasikan Konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

PRK DUN Kuala Besut 2013

Ideologi DUN seimbang


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu, akan menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, dan ia amat menarik untuk diperhatikan. 

Bukan kerana ia adalah yang pertama, tetapi sebarang keputusan daripada pilihan raya kecil itu kelak sama ada ia memihak kepada BN atau pembangkang, ia bakal mengubah landskap pentadbiran kerajaan negeri,. 

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. 

Selepas kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut dari BN Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas, kedudukan terkini kerusi DUN negeri ialah 16 BN dan 15 pembangkang. 

Jika pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, maka apa yang dikhuatiri ialah wujudnya senario DUN seimbang antara BN dan pembangkang iaitu 16-16 dan sudah tentu ia memberi implikasi yang cukup besar terhadap corak pentadbiran kerajaan negeri dan pastinya yang terkesan ialah rakyat. 

Pembangkang kini cuba mempromosikan ideologi "DUN seimbang" kepada pengundi DUN Kuala Besut dan ia sekaligus mengambarkan strategi mereka mahu menguji bagaimanakah senario tersebut dapat diselesaikan. 

Rakyat kena sedar bahawa senario sebegini sebenarnya  mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada pentadbiran kerajaan negeri malah kehidupan mereka. 

Dalam konteks ini, kesannya tidak hanya tertumpu kepada DUN Kuala Besut semata, bahkan seluruh negeri terasa kesannya kerana ia akan mewujudkan kerajaan negeri yang tidak stabil yang akan memberi kesan kepada ekonomi, sosial, politik dan pembangunan. 

Selain itu, tiada dasar baharu untuk kebaikan rakyat dapat diperkenalkan dan dilaksanakan dan peruntukan kepada rakyat juga mungkin tersekat kerana tidak mendapat sokongan majoriti ahli DUN selain memungkinkan berlakunya senario lompat parti dan kerajaan akan bertukar dan terus bertukar. 

  

Ketidakstabilan sesebuah kerajaan negeri juga akan menjadi penghalang kepada sektor ekonomi.Pelabur mana yang mahu melabur kalau kerajaan tidak stabil meskipun negerinya cantik?Agenda pembangunan tidak dapat dilaksanakan jika pembangkang menguasainya dan ia menafikan hak pengundi lain yang inginkan pembangunan yang boleh menjana peluang perkerjaan dan perniagaan. 

  

Adakah rakyat khususnya pengundi Kuala Besut bersedia untuk ini?Dan adakah anda mahu wakil rakyat anda tidak mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan pusat yang ditunjangi BN sekaligus menyukarkan proses pembangunan yang membuka peluangkepada ribuan penduduk. Ayoh sama-sama kita fikirkan. Ini demi kelangsungan negeri amnya dan Kuala Besut khususnya. 

  

PESANAN WIRAPERDANA:

 Berfikir secara matang dan waras. Ideologi "DUN SEIMBANG" hanya merugikan rakyat dan akan mencetuskan keadaan tidak stabil. Terengganu memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat untuk meneruskan agenda "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

PRK di Kuala Besut


Apa Agenda PAS?

Jika PAS menang dan mereka membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang ada ahli 16:16. Apa yang berlaku ketika itu? cuba anda bayangkan..... 

Inilah yang sebenarnya menyemarakkan lagi semangat ahli dan penyokong PAS seluruh negara dalam konteks pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut. Mereka mengajak penyokong dan pengundi di Kuala Besut berfikirkan mengenai suasana itu. 


Suasana itu ialah suasana politik yangtidak pernah berlaku di Malaysia yang dinamakan DUN Seimbang....Inilah sebenarnya yang direncanakan pembangkang untuk menguasai semula Terengganu.  

PAS  mencalonkan Azlan Endut sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut. 

Apa yang akan berlaku jika Adun PAS dan PKR membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker? Ketika itu, speaker yang dilantik BN tidak boleh mengundi kerana ia usulke atasnya. jika seorang adun BN meyokong sahaja, sudah boleh menumbangkang kerajaan yang sedia ada. tetapi bagaimana pula jika ada usul pilihan raya negeri?SPR terpaksa berbelanja besar bagi membuat persiapan pilihan raya negeri pula dan rakyat perlu keluar mengundi sekali lagi. 

Sebab itu pentingnya untuk BN menguasai kerusi DUN Kuala Besut untuk meneruskan agenda rakyat dan memiliki kerajaan yang stabil. Jika tidak, akan berlaku suasana tidak stabil yang memberi kesan kepada rakyat keseluruhannya.  

Sama-samalah kita berfikir..buatkeputusan dengan matang dan waras..  

PESANAN WIRAPERDANA: 

Buat keputusan menggunakan akal dan bukan emosi. ikut hati mati, ikut rasa binasa
 
Copyright © 2013. Wira Perdana - All Rights Reserved
Template Created by ThemeXpose | Published By Gooyaabi Templates