PRK DUN Kuala Besut 2013

Ideologi DUN seimbang


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu, akan menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, dan ia amat menarik untuk diperhatikan. 

Bukan kerana ia adalah yang pertama, tetapi sebarang keputusan daripada pilihan raya kecil itu kelak sama ada ia memihak kepada BN atau pembangkang, ia bakal mengubah landskap pentadbiran kerajaan negeri,. 

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. 

Selepas kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut dari BN Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas, kedudukan terkini kerusi DUN negeri ialah 16 BN dan 15 pembangkang. 

Jika pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, maka apa yang dikhuatiri ialah wujudnya senario DUN seimbang antara BN dan pembangkang iaitu 16-16 dan sudah tentu ia memberi implikasi yang cukup besar terhadap corak pentadbiran kerajaan negeri dan pastinya yang terkesan ialah rakyat. 

Pembangkang kini cuba mempromosikan ideologi "DUN seimbang" kepada pengundi DUN Kuala Besut dan ia sekaligus mengambarkan strategi mereka mahu menguji bagaimanakah senario tersebut dapat diselesaikan. 

Rakyat kena sedar bahawa senario sebegini sebenarnya  mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada pentadbiran kerajaan negeri malah kehidupan mereka. 

Dalam konteks ini, kesannya tidak hanya tertumpu kepada DUN Kuala Besut semata, bahkan seluruh negeri terasa kesannya kerana ia akan mewujudkan kerajaan negeri yang tidak stabil yang akan memberi kesan kepada ekonomi, sosial, politik dan pembangunan. 

Selain itu, tiada dasar baharu untuk kebaikan rakyat dapat diperkenalkan dan dilaksanakan dan peruntukan kepada rakyat juga mungkin tersekat kerana tidak mendapat sokongan majoriti ahli DUN selain memungkinkan berlakunya senario lompat parti dan kerajaan akan bertukar dan terus bertukar. 

  

Ketidakstabilan sesebuah kerajaan negeri juga akan menjadi penghalang kepada sektor ekonomi.Pelabur mana yang mahu melabur kalau kerajaan tidak stabil meskipun negerinya cantik?Agenda pembangunan tidak dapat dilaksanakan jika pembangkang menguasainya dan ia menafikan hak pengundi lain yang inginkan pembangunan yang boleh menjana peluang perkerjaan dan perniagaan. 

  

Adakah rakyat khususnya pengundi Kuala Besut bersedia untuk ini?Dan adakah anda mahu wakil rakyat anda tidak mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan pusat yang ditunjangi BN sekaligus menyukarkan proses pembangunan yang membuka peluangkepada ribuan penduduk. Ayoh sama-sama kita fikirkan. Ini demi kelangsungan negeri amnya dan Kuala Besut khususnya. 

  

PESANAN WIRAPERDANA:

 Berfikir secara matang dan waras. Ideologi "DUN SEIMBANG" hanya merugikan rakyat dan akan mencetuskan keadaan tidak stabil. Terengganu memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat untuk meneruskan agenda "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013. Wira Perdana - All Rights Reserved
Template Created by ThemeXpose | Published By Gooyaabi Templates