Perselisihan Lim Guan Eng dan Mansor


Lakonan bermuka-muka pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan sentiasa menjadi.
Rakyat yang menjadi penonton akan akhirnya dapat menilai yang mana ikhlas memperjuangkan
kebajikan rakyat atau kebajikan rakyat menjadi kuda tunggangan demi menjaga perut pemimpin.


Isu ini timbul apabila perkara ini didedahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com dalam entri bertarikh 16hb Jun 2012 yang memetik Mansor sebagai berkata: 

“Kamu tau dia (Guan Eng) angkuh... sombong dan angkuh. Bukan mudah. Sekarang ini lebih angkuh. Sebab dia (Guan Eng) menang banyak. Mereka (DAP) dah pasti menang 19 dan mahu menang lebih lagi”. Kerana dengan 2 lagi (kerusi) mereka boleh membentuk kerajaan sendiri dan mereka boleh ambil daripada kami (wakil PKR) menyebelahi mereka dan meninggalkan kami".

 Mansor di dalam minit mesyuarat itu juga didakwa mengatakan Setiausaha Agung DAP itu dianggap sebagai ‘tokong’ oleh masyarakat Cina.

Sebelum ini, Mansor dilaporkan menyifatkan Guan Eng sebagai sombong dan angkuh ketika mesyuarat strategik PKR pada Mac lalu. Walau bagaimanapun, dalam usaha menjernihkan hubungan beliau dengan Lim Guan Eng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu menafikan menggunakan perkataan ‘sombong dan angkuh’ terhadap Ketua Menteri itu. Bagaimanapun, Mansor mengakui menggunakan perkataan ‘tokong’ sebagai gelaran kepada Guan Eng yang bermaksud sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri.

Bagaimanapun, kenyataan Mansor itu menimbulkan tandatanya apabila beliau kelihatan teragak-agak memberikan jawapan ketika diasak pemberita untuk menyatakan pendirian sebenar berhubung dakwaan tersebut dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 25hb Ogos 2012. Malah, pada satu ketika, beliau menjawab: “I don’t know, I don’t know. Why this thing must come out now? (Saya tidak tahu, saya tidak tahu. Kenapa perkara ini perlu dibangkitkan sekarang?)."

Dalam pada itu, reaksi yang ditunjukkan Guan Eng pada sidang akhbar itu juga menimbulkan tanda tanya apabila beliau dilihat seolah-olah tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan Mansor. Selain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, Guan Eng secara tiba-tiba juga menghentikan sidang media dan mengajak pemimpin pakatan pembangkang lain ke bilik mesyuarat berasingan di luar bilik sidang akhbar diadakan.


Selepas kira-kira 15 minit, kesemua mereka kembali semula ke bilik siding akhbar itu sebelum Guan Eng dilihat menulis sesuatu dan memberikannya kepada Mansor. Sidang akhbar itu kemudiannya berakhir dengan kesemua mereka bergegas berpegangan tangan seolah-olah cuba memberi gambaran hubungan ketiga-tiga parti itu kukuh di sebalik kesan negative ekoran isu tersebut.

Fenomena ini dilihat sebagai kegagalan Guan Eng untuk mengambil pendekatan lebih terbuka. Gaya kepimpinannya tidak disenangi oleh banyak pihak termasuk parti sekutu dalam pakatan pembangkang. Kualiti kepimpinan beliau diragui dan dilihat kurang matang dalam menangani isu. Dari awal lagi, Guan Eng bukan pilihan yang tepat untuk jawatan tersebut. Ia sepatutnya diisi oleh pemimpin DAP tempatan
iaitu anak Pulau Pinang itu sendiri. Ramai pemimpin muda DAP negeri yang berkebolehan. Tetapi disebabkan mereka bukan krooni atau apatah lagi anak Lim Kit Siang maka tidak berpeluang menjadi peneraju negeri. Akhirnya Guan Eng, yang berasal dan dibesarkan dari negeri lain, diberi laluan mudah bukan sahaja jawatan parti bahkan jawatan Ketua Menteri.

##WP##



    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013. Wira Perdana - All Rights Reserved
Template Created by ThemeXpose | Published By Gooyaabi Templates